Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua
pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia
hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang
wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih
dengan strategi yang lebih halus.Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya
telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para
wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta
(siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini
buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen
yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi
jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan
hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana
sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian
fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen
setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan
berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang
lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak
ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka
tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan
pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza,
agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian
seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih
baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih
selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar
dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha
ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya
adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang
terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak
sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan
sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
6. Terdedah
Si
wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian.
Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah
lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut
yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu
suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan
kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka
cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt
separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya
kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari
fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun
bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang
zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga..
"Fitnah?
Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah
senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak
ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun
syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat dalam
hati sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga
pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang
atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang
ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah,
syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji
palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi
sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...
Dan
tidak ada pertanggungjawaban sedikitpun atas orang-orang yang bertakwa
terhadap dosa mereka; akan tetapi (kewajiban mereka ialah) mengingatkan
agar mereka bertakwa. (69.Al An'aam)
Mereka
itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah
petunjuk mereka. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu dalam
menyampaikan (Al-Quran)." Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan
untuk seluruh ummat. (90.Al An'aam)
Dan
hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar
merekalah orang-orang yang beruntung.(104.Ali 'Imran )
Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang
memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas
mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya
mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh
Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi)