Sewaktu
Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan
keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai
penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan
keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada
di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak
membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam
dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya.
Nauzubillah.
Soalan-soalan
yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh
orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang
disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.
1. Nama Nabi Isa as disebut
25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam
Al-Quran?
Nama
Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama
Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi
Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran
diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi
adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2. Nama Nabi Isa lebih banya
disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa
lebih hebatkan?
Dalam
Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan
lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan
Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.
3. Dalam Islam percaya yang
Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila
Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam
banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang
nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible
juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah
akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk
neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini
sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya iaitu diubahsuai mengikut nafsu
mereka).
4. Dalam Islam, Nabi
Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan
turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi
Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya,
jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak
sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.
5. Nabi Isa as disembah
sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara
ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian
tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi
Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga.
Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman
Allah swt : “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah
sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu
berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran,
ayat-59.
6. Jika membaca tafsir,
Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah
maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?
Al-Quran
diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan
tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah,
beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?
7. Orang Sikh Punjabi
bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan
yang perlu disimpan?
Kita
jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi
potong kuku?
8. Sami Buddha vegetarian
bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu
zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?
Sains
telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila
kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam?
Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah
menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.
9. Sami Buddha menjawab
“Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”
Habis
tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan
bisu hanya kerana dia tidak ada deria?
10. Sami Buddha menjawab lagi
“Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Jadi,
makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.
11. Sami Buddha berkata lagi,
“Makan binatang akan dapat banyak penyakit”
Sebenarnya,
penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah
suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang.
Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang
dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi
besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila.
Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah
cakap haram apa yang telah Allah halalkan.
12. Kan babi itu ciptaan
Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab
bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga
ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?
13. Islam cakap Hindu sembah
berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam
bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam
Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah
Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak
akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang
Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar
Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC
sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat
kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!
14. Kenapa perlu ikut Nabi
Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Nabi
sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja.
Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
15. Apa bukti Allah wujud?
Mana Allah? Tak nampak pun.
(Tampar
beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita
nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita
boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.
No comments:
Post a Comment